Kehidupan Itu Bagai Sebuah Pelayaran Bagi Manusia Untuk Belayar Mencari Keredhaan illahi, Biarpun Perit Menempuh Badai Ombak Dilautan Hanya Kerana Untuk Mencari Singgahsana Yang Kekal Abadi ....
Friday, March 15, 2013
Hijrah itu Cinta Dari Allah
Monday, March 11, 2013
Hanya Sabar Menanti Kemenangan
Dunia pada abad sekarang ini pelbagai cabaran dan dugaan yang akan menimpa umat manusia dengan peredaran masa dan perubahan zaman ke zaman . Justeru itu kita harus bijak memilih jalan yang menuju kearah kebaikan ,usah fikirkan cabaran dan dugaan jika memilih jalan kebaikan kerana itu Allah menguji kesabaran kita hanya untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya
Wednesday, April 27, 2011
Indahnya Taqwa ...
" يأيها الذين ءا منوا اتقوا الله ولتـــنظر نفس ما قدمت لغد, وتقو الله إنا الله خبير بما تعملون "
“ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.” Surah Al-Hasyr 18
Ayat ini menjelaskan perintah Allah kepada hamba2nya,untuk bertakwa padaNya,Jelaslah pada ayat ini Allah telah menyebut sbanyak dua kali untuk kita bertakwa,dan perintah itu hanya kepada orang2 yang beriman.Ia adalah satu panggilan dari Allah kerana kita adalah makhluk dan hamba TUAN EMPUNYA..Taqwakah kita..???
Sunday, April 24, 2011
Berfikirlah Sejak Anda Bangun Tidur
Tidak diperlukan kondisi khusus bagi seseorang untuk memulai berpikir. Bahkan bagi orang yang baru saja bangun tidur di pagi hari pun terdapat banyak sekali hal-hal yang dapat mendorongnya berpikir. Terpampang sebuah hari yang panjang dihadapan seseorang yang baru saja bangun dari pembaringannya di pagi hari. Sebuah hari dimana rasa capai atau kantuk seakan telah sirna. Ia siap untuk memulai harinya. Ketika berpikir akan hal ini, ia teringat sebuah firman Allah: "Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha." (QS. Al-Furqaan, 25: 47) |
CIRI-CIRI MANUSIA UNGGUL
Wednesday, February 9, 2011
CEMERLANG DENGAN ZIKRULLAH
Dalam surah Al-Ahzab ayat 35 Allah berfirman, “Dan golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.”
Siapakah sebenarnya mereka yang banyak berzikir kepada Allah? Mengikut Imam Mujahid, “(Mereka ialah golongan) yang sentiasa mengingati Allah ketika sedang berdiri, duduk dan berbaring.” Kadar zikir yang paling minimum yang perlu seseorang lakukan ialah melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan rendah hati. Berhubung dengan ini Imam Atha berkata, “Sesiapa yang melaksanakan solat yang lima dengan melaksanakan segala hak-haknya, dia tergolong dalam golongan lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”
Tuesday, November 9, 2010
Berusaha Mengejar Redha Illahi
Ya,sebagai umat islam kita perlu berusaha mengajak saudara kita spya melakukan amalan kebaikan dan bkannya mnggalakkan meraka melakukan kejahatan.Apabila mlihat kehidupan pada hari ini di mana tempat2 maksiat sngat banyak.Jalan untuk seseorang itu melakukan maksiat seolah2 dibuka seluas-luasnya.Piliah shja tmpat dan masa yg diinginkan untuk melakukannya.Tidak ada yang akan menghalangnya.Alangkah ruginya orang-orang yang menghabiskan sisa hayatnya dengan perbuatan tidak mendapat apa manfaat dan redha dariNya..
