Pages

Friday, March 15, 2013

Hijrah itu Cinta Dari Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang 





 Bila dingat-ingatkan balik sudah 5 tahun saya sudah meninggalkan arena suka bola sepak di pentas antarabangsa mahupun negara , Jeles ?? agaknya la kan siapa yang tak jeles kan bila mana tgk sahabat-sahabat yang pernah beraksi bersama dulu skrg dah beraksi dalam televisyen dgn pasukan masing-masing. Dalam hati rasa macam nak return ja pakai boots apa bagai , ambil freekick jadi kapten pasukan boleh jalan-jalan ke negara orang .Sangat menostalagiakan bila dingat balik . huhu ..Masih dalam ingatan sekolah yang mengangkat saya sebagai pemain bola sepak yang berkaliber iaitu :

1.Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi
2.Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Langkawi.
3.Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra .



Dalam Kenagan :)
Dan juga terima kasih juga kepada F.A.M kerana memberi kesempatan kepada saya menyarung jersi kebangsaan selama 4 tahun berturut dan jutaan terima kasih juga kepada K.F.A kerana turut memberi kepercayaan kepada saya menyarung jersi Negeri kedah selama 7 tahun berturut-berturut . Memang menyeronokkan bagi setiap individu apabila dapat menyumbangkan sesuatu pada diri sendiri .Tapi malangnya saya tak dapat teruskan arena ini disebabkan kecederaan yang berpanjangan dan beberapa faktor yang lain ..


Alhamdulillah A`la Kulli Hal ..

Ada hikmah disebalik saya meninggalkan arena bola sepak ,sebaik saja tamat pengajian di tingkatan 5 entah mngapa hati saya rasa kesunyian rasa kosong kehidupan . Ingat lagi masa last paper SPM 2009 ( Aaaa xingt plak pper apa ) time tu saya yang last jawab paper tu ..tgk2 sahabat-sahabat yang lain nmpak happy semacam ja  kan time tuh . Al-maklumla habis mengaji (pemikiran masa tu rasa bebas la dah habis belajar ,padahal ilmu Allah bnyak kot ).

Ok. Secara tak langsung saya terus call mak saya kat langkawi .Then tak cakap banyak dah dengan mak bagi salam , cakap kat mak

“ Mak , Din nak pi Kelantan cari pondok nak mengaji agama , Din tak tau sampai bila nak jahil macam ni “ mak pun tak cakap banyak masa tuh hanya last dari bibir Mak “ Alhamdulillah, Mak doakan yang terbaik untuk Din,ada jugak anak Mak nak selamat Mak dari Api Neraka” .
Pufffff !!! berderau ayaq mata wei mak cakap macam tu . Macam kena tembak dengan Sniper cekkk oii …

Selang beberapa hari Alhamdulillah dengan duit yang sedia ada masa elaun main bola dulu dapat juga saya prgi Kelantan . Saya prgi pondok tanpa ditemani kedua ibubapa (mybe Allah dah tiupkan smgt mncari ilmu kot , HUSNU ZHON). Hanya doa kedua ibubapa yg mengiringi saya sampai ke Kelantan .

Pondok Pasir Tumboh memang sinonim di negeri Kelantan cukup terkenal kerana Ulama-ulama disana . Disinilah saya menimba perlbagai cabang ilmu dalam bidang agama .Subhanallah tak pernah lihat manusia sampai rasa tenang sangat2 dan tak pernah rasa majlis ilmu sehebat ini.Benarlah Allah sudah gentarkan hati saya untuk mencari keredhaaNya ,Allah dah malapkan hati saya untuk berseronok hal duniawi .

Dulu jarang2 berzikir dan berselawat sekarang Alhamdulillah sentiasa dibasahi kalimah yang baik,Jika dulu sentiasa ambil tentang isu semasa pemain bola sepak ,sekarang sentiasa peka tentang isu semasa majlis ilmu, jika dulu sentiasa nak kenal pemain bola sepak,sekarang sentiasa ingin sangat mengenal ulama-ulama .

Bersyukur sangat dengan penghijrahan ini ,saya merasakan ini hadiah dari Allah disebalik saya berhenti dari main bola sepak . Sebelum ini seronok dengan hal duniawi ,sekarang Allah gantikan , Allah hadiahkan keseronokan itu menjadi ketenangan di dunia dan di akhirat. Saya tidak tahu waktu bila Allah hadiahkan semua ini pada saya .

Alhamdulillah A`la Kulli Hal

Setapak demi setapak saya melangkah mencari keredhaan illahi ,mencari RahmatNya , mencari keimanan yang kukuh mencari ketaqwaan yang menebal sehingga roh ini kembali bertemu Allah dan jasad ini mencium kembali disebalik kejadian manusia .

Kini Dan Selamanya .Alhamdulillah


Semoga Allah mempermudahkan saya dalam pelayaran ini mencari keredhaNya  .
Jangan pernah rasa takut untuk berhijrah dan jangan rasa takut kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi . Tapi rasa takutlah kita kehilangan rasa Ar Rahman Ar Rahim dari Allah taala . Dan juga hilang rasa cinta dan rindu kepada baginda Rasulullah S.A.W ….

Mungkin kisah saya ini tak seberapa , tapi straight to the point .saya bersyukur sangat dengan hijrah ini . Alhamdulillah ..

Kerana Hijrah Itu Cinta Allah Pada Kita ..

Fi Mardhatillah ..

1 comment: