Pages

Tuesday, November 9, 2010

Berusaha Mengejar Redha Illahi

Orang yang mencintai hartanya dengan menghitung semenjak lahir hingga sampai kematiannya,sesungguhnya dia berjalan di belakang wang ringgitnya.Jika begitu apakah matlamt perjalanan akhirnya dalam hidup ini....????..

Ya,sebagai umat islam kita perlu berusaha mengajak saudara kita spya melakukan amalan kebaikan dan bkannya mnggalakkan meraka melakukan kejahatan.Apabila mlihat kehidupan pada hari ini di mana tempat2 maksiat sngat banyak.Jalan untuk seseorang itu melakukan maksiat seolah2 dibuka seluas-luasnya.Piliah shja tmpat dan masa yg diinginkan untuk melakukannya.Tidak ada yang akan menghalangnya.Alangkah ruginya orang-orang yang menghabiskan sisa hayatnya dengan perbuatan tidak mendapat apa manfaat dan redha dariNya..



Subhanallah....

Sungguhpun pelbagi plhan masih berada di tgan kita sama ada mahu terikut2 brkunjung ke tmpat2 sbgini ataupun sbliknya.Bagi hamba ALLAH yang benar-benar mengaku tentang keimana pada dirinya mereka sentiasa MENGHARAMKAN kaki mereka daripada melangkah ke tmpat2 sbegini skalipun diajak untuk mengunjunginya.Meraka juga akan semampunya memastikan shbat2 mreka tidak berkunjung di tmpat2 sbgini..

Pada kebiasaanya,orang2 yang sering diajak ke majlis2 ilmu,serta ke tmpat2 yang mulia sperti masjid,adlah orang2 yang dipandang tinggi dan dihormati di dalam masyarakat.Mereka ini sering menjadi tempat rujukan seandainya timbul pelbagai persoalan terutama yang berkaitan denga ibadah seharian.Ini berbeza sama sekali dengan tempat2 maksiat.Orang2 ini biasanya dipandang hina dalam masyarakat.Selalunya mereka ini akan dikaitkan dgan pelbagai perkara yang buruk.Apa shaja yang mereka lakukan akan dipandang serong oleh masyarakat dan malah boleh hilang kepercayaan juga..

Islam sentiasa menganjurkan umatnya spya mnjga maruah diri dgan sebaik2nya .Ini bagi mengelakkan daripad berlakunya fitnah dan kerosakkan.jika setiap umat islam berusaha mnjgad diri dan keluarga daripada melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama,mereka pasti akan hidup dengan aman dan tenteram.Perselisishan faham,pergaduhan serta permusuhan di antara satu sama lain dapat dielakkan.Oleh itu setiap umat islam perlu berusaha untuk hidup aman dan tenang tanpa sebarang masalah..


"....Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan"..(an nur 30)..



Jika semua manusia mematuhi apa yang diperintahkan oleh Allah sebgaimana FirmaNya,pasti mereka akan hidup dengan suasana yang tenang tanpa sebarang kekacauan jiwa kita.Ia tidak akan berkekembang banyak jika semua manusia hidup mengikut apa yang diperintahkan Allah S.W.T...

Hamba Allah yang beriman ialah hamba yang sentiasa bertaubat,bertakwa dan beriman kepada Allah.Dia akan sentiasa mengingati Allah siang dan malam.Dia tidak akan leka denga apa bntuk godaan skalipun.Dia akn mnjadi hamba yang taat jiwa dan raganya.
Rasulullah S.A.W sendiri ,walaupun baginda adalah kekasih Allah yang mendapt jaminan syurga daripadaNya,baginda tetap bertaubat setiap hari sehingga wafat..

Bayangkan kita seharian kita tidak akan jauh dari silap atau dosa kecil dan besar apa yang kita lakukan hari demi hari..Manusia tidak akan sempurna walaupun berusaha untuk menjadi sempurna.


"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka,janganlah berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya,dan sesungguhnya,Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"...(az-zumar 53)..



Memohon ampun kpda Allah dengan meninggalkan semua perbuatan yang mandatangkan dosa ,akan menyebabkan hidup kita kembali tenteram dan sejahtera.Generasi yang soleh dan mulia akan lahir keberkatan daripada keampunan dan keredhaanNya. kepada hamban-hambaNya.

Abu Darda`pernah berkata "Sesiapa yang merasa tidak cukup dengan dunia,dia tidak akan memiliki dunia sama sekali.."..... (Hidayatul Auliyaa`)..

Renung-renungkan bersama keimanan kita..
Wa`allahu ta`ala alam..

No comments:

Post a Comment