Pages

Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

CIRI-CIRI MANUSIA UNGGUL

Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.

Wednesday, February 9, 2011

CEMERLANG DENGAN ZIKRULLAH

CEMERLANG DENGAN ZIKRULLAH

Dalam surah Al-Ahzab ayat 35 Allah berfirman, “Dan golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.”

Siapakah sebenarnya mereka yang banyak berzikir kepada Allah? Mengikut Imam Mujahid, “(Mereka ialah golongan) yang sentiasa mengingati Allah ketika sedang berdiri, duduk dan berbaring.” Kadar zikir yang paling minimum yang perlu seseorang lakukan ialah melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan rendah hati. Berhubung dengan ini Imam Atha berkata, “Sesiapa yang melaksanakan solat yang lima dengan melaksanakan segala hak-haknya, dia tergolong dalam golongan lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”