Pages

Monday, March 11, 2013

Hanya Sabar Menanti Kemenangan


 يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن

 Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solatlah; sesung-guhnya Allah adalah beserta  orang-orang yang sabar.  (Al-Baqaroh 153)


Jelasalah la apa yang Allah katakan pada kita Hanya kesabaran kita akan memperolehi kemenangan .
Dunia pada abad sekarang ini pelbagai cabaran dan dugaan yang akan menimpa umat manusia dengan peredaran masa dan perubahan zaman ke zaman . Justeru itu kita harus bijak  memilih jalan yang menuju kearah kebaikan ,usah fikirkan cabaran dan dugaan jika memilih jalan kebaikan kerana itu Allah menguji kesabaran kita hanya untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya


Imam al-jauzy pernah berkata,
"Sesiapa yang memilih jalan kebaikan, sesungguhnya dia telah menempuh jalan yang sukar dan payah"
Realitinya, begitulah. Apabila kita memilih untuk berbuat kebaikan, bukan sedikit perkara yang kita kena korbankan. Dari berkorban melawan hawa nafsu yang mengajak untuk bersenang-senang dan bermalas-malas, nak kena perbetulkan niat, nak kena korbankan masa, nak kena dengar cemuhan orang, ditambah dengan dakwah yang tak bersambut lagi. Macam-macam.
Tetapi ketahuilah, kepahitan ini sebentar cuma, dan kemanisan pasti akan mendatang. Sebagaimana kita rasa sukarnya nak ulangkaji pelajaran, terpaksa bersengkang mata bangun malam nak ulangkaji, terpaksa naik turun bilik pensyarah nak tanya macam-macam soalan dan akhirnya dengan kesungguhan kita itu mendatangkan kejayaan. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Kita terpaksa korbankan macam-macam kesukaan kita tetapi hakikatnya apa yang kita nantikan ini suatu yang sangat manis. Ganjaran daripada Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar dan berbuat baik di muka bumi ini. Ganjaran buat hamba-hambaNya yang bermujahadah melawan kehendak-kehendak nafsu yang membinasakan.
Jika kita bandingkan cabaran dan dugaan cuba kita imbas kembali sirah perjalanan Rasulullah dan Sahabat .Allah3x  perjalanan baginda dan sahabat lebih penuh cabaran daripada kita pada zaman sekarang ,apatah lagi bapa saudara nabi sendiri yang menentang baginda .
Bersabarlah wahai jiwa2 yang menentang , dengan kesabaran kita Allah menjanjikan kita sebuah kemenangan yang besar lihat Allah berfirman  beberapa kemenangan dengan kesabaran di dalam Al-Quran :
“Ya, cukuplah jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka akan datang menyerang kamu seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” [ Ali Imran: 125]
 “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka...” [Ali Imran: 170]
"Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” [Hud: 11]
Jelaslah, sabar adalah sifat yang membawa kebajikan. Malah Allah SWT memberikan pahala bagi orang yang membuat kebajikan dengan ganjaran berkali-kali ganda. Orang yang sentiasa bersabar akan mendapat keampunan daripada Allah SWT terhadap segala dosa yang pernah mereka lakukan dengan pahala yang besar. Oleh itu, sentiasa ingat bahawa sabar itu sebahagian besar dari iman agar hidup kita sentiasa bahagia dan sejahtera.
SABARLAH ...


No comments:

Post a Comment