Pages

Showing posts with label Tazkiyah An Nafs. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyah An Nafs. Show all posts

Friday, March 15, 2013

PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI

   Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. 

Wednesday, April 27, 2011

Indahnya Taqwa ...

" يأيها الذين ءا منوا اتقوا الله ولتـــنظر نفس ما قدمت لغد, وتقو الله إنا الله خبير بما تعملون "


“ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.” Surah Al-Hasyr 18

Ayat ini menjelaskan perintah Allah kepada hamba2nya,untuk bertakwa padaNya,Jelaslah pada ayat ini Allah telah menyebut sbanyak dua kali untuk kita bertakwa,dan perintah itu hanya kepada orang2 yang beriman.Ia adalah satu panggilan dari Allah kerana kita adalah makhluk dan hamba TUAN EMPUNYA..Taqwakah kita..???

Tuesday, November 9, 2010

Berusaha Mengejar Redha Illahi

Orang yang mencintai hartanya dengan menghitung semenjak lahir hingga sampai kematiannya,sesungguhnya dia berjalan di belakang wang ringgitnya.Jika begitu apakah matlamt perjalanan akhirnya dalam hidup ini....????..

Ya,sebagai umat islam kita perlu berusaha mengajak saudara kita spya melakukan amalan kebaikan dan bkannya mnggalakkan meraka melakukan kejahatan.Apabila mlihat kehidupan pada hari ini di mana tempat2 maksiat sngat banyak.Jalan untuk seseorang itu melakukan maksiat seolah2 dibuka seluas-luasnya.Piliah shja tmpat dan masa yg diinginkan untuk melakukannya.Tidak ada yang akan menghalangnya.Alangkah ruginya orang-orang yang menghabiskan sisa hayatnya dengan perbuatan tidak mendapat apa manfaat dan redha dariNya..

Thursday, October 28, 2010

Ujian selalunya membuat kita lebih tabah...

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah dan bacalah Al Quran.Ini kerana, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya.

Mari kita bersama merenung beberapa potongan dengan ayat-ayat quran yang saya dapat kongsikan...

Friday, February 26, 2010

Bersedia Bertemu dengan Yang Maha Mencipta..

Cerdasnya orang yang beriman adalah dia mampu mengolah kehidupannya yang sesaat,yang sekejap untuk hidup yang pangjang.Hidup bukan untuk hidup,tetapi hiduplah untuk Yang Maha Hidupkan kita.Hidup bukan untuk mati,tapi matilah untuk hidup

Kita jgn tkut mati,jgn mncari mati,jgnlupakan mati,tapi rindukan mati.kerana,mati adalah pintu berjumpa dgn Allah S.W.T.Mati bkanlah cerita dalam akhir hidup,tap matilah adalah awal cerita kehidupan kita sebenarnya,maka dgn itu sambutlah kematian dgn pnuh ketakwaan dan keimanan..

HAMBA-HAMBA ALLAH SEKALIAN

Allah catitkan di dalam Al-Quran tentang manusia-
manusia yang berasal dari air mani dan kemudian
dibesarkan..akhirnya menjadi pengkhianat yang
nyata. manusia-manusia begini dimurkai oleh
Allah, tuhan orang muslim...oleh itu apakah kita
yang Muslim ini, jika telah mengkhianati Allah,
tidak terasa setinta takut kepadanya?

Allah ciptakan syurga, di dalamnya manusia
bersenang lenang dan ditemani pasangan cantik-
cantik, air sungai yang mengalir tenang, syurga
yang amat indah terlebih indah sehingga tidak
terfikirkan untuk orang-orang yang ikhlas
menyerahkan dirinya dan takwa kepada Allah.