Pages

Wednesday, April 27, 2011

Indahnya Taqwa ...

" يأيها الذين ءا منوا اتقوا الله ولتـــنظر نفس ما قدمت لغد, وتقو الله إنا الله خبير بما تعملون "


“ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.” Surah Al-Hasyr 18

Ayat ini menjelaskan perintah Allah kepada hamba2nya,untuk bertakwa padaNya,Jelaslah pada ayat ini Allah telah menyebut sbanyak dua kali untuk kita bertakwa,dan perintah itu hanya kepada orang2 yang beriman.Ia adalah satu panggilan dari Allah kerana kita adalah makhluk dan hamba TUAN EMPUNYA..Taqwakah kita..???

Sebut perihal tentang taqwa bukan satu perkara yang mudah bagi kalangan masyarakat pada abad ini.Ianya kerana kemajuan teknologi yang semakin pesat mnjadi satu halangan bagi kaum mukminin sekarang untuk melaksanakan ketaqwaan kepadaNya..Subhanallah..

Ketaqwaan ini tidak datang dihati orang yang tak beriman,ia adalah satu keistimewaan kepada kita kerana ketaqwaan ini hanya diperoleh hati-hati orang yang beriman.Kerana Iman dan Taqwa ini adalah umpama Skru dan Nat sbgai contoh ana bagikan kita nak pasang tayar motor mesti ada pencatuman antara skru dan nat, begitu juga dengan kita.kita adalah tayar manakala skru dan nat itu iman dan taqwa.jika sempurna kedua2nya maka berjalanlah tayar itu degan selamat sama juga kita tanpa iman dan taqwa kita tidak dapat mengecapi nikmat hidup yang ALLAH bagi..

Sungguh Allah Maha Pemurah….

Baik,kita boleh nampak orang itu muslim dan hakikatnya dia adalah beriman dengan ALLAH tapi ketahuikah kita dia bertaqwa kepada Allah.Dia tahu solat itu wajib tapi dia tak yakin wujudnya dosa,barangkali inilah yang berlaku pada manusia pada zaman ini.

TAQWA…

Menjujungi Tinggi Segala Perintah Titah2 Allah Dan Menjauhi Larangan2 Allah..

Segala amalan kita biarlah melalui dari hati kita sendiri,ia kerana melalui dari hati kita sendiri terbukti tanda2 kasih kita kepada ALLAH dan keikhlasan kita kepada ALLAH.

Pernah tak kita berfikir ketaqwaan kita ..????

Lihat sahajalah diri kita pada waktu subuh,adakah kita bangun dengan segera bila terdengar azan berkumandang?Bersiapkah kita untuk solat jemaah diwaktu subuh?...Lihat sahaja disini,berapa banyak kesalahan kita pada ALLAH diwaktu kita terjaga di siang hari.Tika mana diwaktu ketiduran kita ALLAH mencampakkan semula apa yang kita beri kepadaNya diwaktu kita terjaga dosa kita membuat kita menjadi malas.. ..Lihatlah Taqwa kita sekarang…??? Untuk pengetahuan umum,solat sunat sebelum subuh kaifiatnya adalah terbaik isinya daripada isi2 di dunia ini..ALLAH ALLAH...

Maka dengan itu disiang hari jauhilah segala yang dilarang oleh ALLAH,kerana bila melihat sesuatu maksiat itu adalah satu permulaan kesan dosa kepada kita.Ini barangkali kita tidak akan dapt kelazatan taat,maka kita akan dapat kelazatan maksiat..MasyaAllah Tabarakallah..

Jauhilah kami dari segala dosa “

Indahnya kita taqwa kepada ALLAH kerana ia adalah salah satu pintu utama kita menikmati kelazatan TAAT,IMAN dan TAQWA padanya..Ya Allah..Lihat sahajalah pada golongan As-salafusoleh mereka sangat merindui waktu malam,malam adalah waktu mereka bermunajat kepada ALLAH bagi ia adalah saat2 yang indah mereka sepanjang hidup mereka.Apakah kita sekarang seperti golongan ini..?? malam 1/3 malam adalah malam yang patut kita penuhi dengan qiamullail.Qiamullail ini adalah sumber kekuatan kita dengan mengikat Tali Rabitah kita dengan Sang Khaliq,ia juga malam yang dipenuhi para2 malaikat jika kita bangun mengerjakan qiamullail..Insyaallah segala hajat kita diagkat para2 malaikat..apa tunggu lagi..??? cepat2 bangun lillah taala pasti kita dapat merasa ALLAH memberi kita satu kebaikan..

“Siang kita boleh jalan merata tempat,takkan la satu tempat yang dinamakan sejadah dipenuhi dengan rukun solat pun tak dapat buat,Cuma qiam,rukuk,sujud sahaja??”...bolehkan buat..???

Lihat shajalah kata2 Al Imam Syafie R.A “Kalau tak kerana muhasabah dan mengajar dengan anak-anak murid pasti ilmuku hilang,kalau tak bermunajat sebelum sahur aku tak mahu hidup lagi didunia ini”..terbuktilah qiamullail ini satu perkara indah bagi golongan yang selalu mengamalkannya ia kerana mereka ini ALLAH sudah sebatikan mereka dengan amalan mereka itu tiada susah bagi mereka tiada paksaan bagi mereka ini yang dikatakan kelazatan ketaqwaan.Cuma yang membebankan kita untuk bangun qiamullail adalah dosa kita kepada ALLAH

Pesan Maulana Syeikhuna Ustaz Zainal Asri Haji Romli kepada saya “Disunatka kita sebelum tidur kita doa mohon ampun padaNya semoga ALLAH perjalanan kita di esok hari’..

Jika kita terlintas untuk melakukan amal kebaikan teruskan dengan niat baik itu.kata Ibn Abbas “Segerakan kebaikan itu,engkau telah suburkan dunia ini”..

Fikirlah segala dosa kita itu akan dibentangkan pada Akhirat nanti,Lihatlah ramai orang yang tak malu dengan perbuatan maksiat mereka.Kata Anas Bin Malik “kalau mereka tidak malu dengan orang pastinya dia juga tidak malu dengan ALLAH…

Sehari berapa lama kita berhadapan sujud pada ALLAH..??Sehari berapakah amalan kebajikan kita??sehari fikirkah kita tentang ketaqwaan kita..Sejenak Merenung bersama tentang DIRI kita didunia adakah masa akan datang tempat yang baik untuk kita fikirlah masa lalu tidak akan patah patah balik yang hadir masa depan kita yang menentukan kita dengan amalan seharian kita…ALLAHU YUBARIK…

No comments:

Post a Comment